


(Gambar diambil daripada ESPN)
AKHIRNYA, Barcelona(Barca) membuktikan bahawa bolasepak berseni dan idealis akhirnya akan membawa mereka berdiri di puncak apabila mereka muncul juara Liga Juara-Juara Eropah 2009 setelah menumpaskan Manchester United(MU) 2-0 di Stadium Olimpico,Rome pagi tadi. (Arsenal kena belajar)
Sebelum perlawanan, MU aku lihat sebagai pilihan kerana mereka memiliki barisan yang lebih seimbang berbanding Barca. Apa yang menarik, inilah kali pertama sejak Milan-Barca 1994 dua pasukan pilihan di awal musim bertemu di final. (Pada pendapat aku la)
Perlawanan bermula agak slow dan berhati-hati. Pemain Barca kelihatan agak gugup hingga membenarkan Ronaldo merajai perlawanan untuk tempoh 10 minit pertama. Duel Ron-Mess kelihatan jelas bila Messi pun mula "panas". Bila Barca start to settle down, MU pulak yang tenggelam. Pada aku, pertarungan epik seperti yang kita harapkan memang tak menjadi. MU was underachieving tetapi mujurlah kita dihiburkan dengan possession and build-up play yang diamalkan oleh Barca, seperti yang mereka janjikan. Menyerang dan bermain cantik...
Dan aku hairan kenapa defend MU seolah-olah sengaja membenarkan Eto'o lepas dan score Barca's first goal. Gol kedua pula adalah satu malapetaka buat Ferdinand-Vidic, who are currently rated as the best defensive duo in the world. Untuk membenarkan pemain dengan ketinggian serendah Messi melakukan jaringan melalui tandukan dengan FREE HEADER, ia sesuatu yang tidak boleh dimaafkan!!! MU patut bersyukur sebab ada Van Der Sar, best MU's goalkeeper sejak Peter Schmeichel. Kalau tak, mau kena lebih lagi tu.
Aku yakin, ketika MU ketinggalan, semua fans MU semestinya mengharap agar miracle of Nou Camp 10 tahun dulu berulang lagi kan? (jangan tipu la) Tapi pagi tadi MU bermain seperti bukan MU yang biasa kita selalu lihat. Hampir semua player bermain seperti relax dan tiada unsur-unsur urgency pada permainan mereka. So, to make a comeback from 2 goals down, memang mustahil la apatah lagi mereka seperti diayamkan oleh hantaran-hantaran pendek pemain Barca. Sorry to MU's fans, MU has been outplayed by Barca...
Kekalahan ini menghancurkan harapan MU untuk menjadi first team to retain the title since it has been rebranded to Champions League pada 1992. Mimpi Rooney, memakai baju putih dan menjulang piala, hanyalah sekadar mimpi. Park Ji-Sung pula gagal menjadi warga Asia pertama mejulang piala itu. Maybe cucu aku akan mendapat penghormatan tu someday, who knows????????
Sebaliknya, Henry bergembira kerana berjaya menjulang satu-satunya pingat utama yang masih belum ada dalam almari kemasyhuran peribadi beliau manakala Messi pula sudah hampir pasti dinobatkan sebagai pemain tebaik dunia 2009.
Yes Pep, Barcelona is the best team in the world and MU have been beaten by the only team that can match them up in this planet. Tapi aku yakin, kekalahan ini hanya akan menguatkankan lagi MU. Korang tunggu je la lepas ni.
Selepas perlawanan, otai-otai MU seperti Ferguson, Giggs dan Ronaldo mengakui yang mereka bermain di bawah tahap sebenar dan the best team deserve to win. Aku setuju tetapi aku rasa ada sesuatu yang lebih penting daripada Barca and bakat-bakatnya iaitu...
...BARCA HAVE MORE GUTS TO WIN...
-SNL
No comments:
Post a Comment